Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba. Semoga dapat bersama2 lagi tahun ini mengerjakannya dan memperolehi keberkatanNya. Amin.





Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa .

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut ":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada melakukan kesalahan, baik yang sengaja mahupun yang tidak di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, penuh berkat dan dirahmati Allah S.W.T.
InsyaAllah.



p/s : Raya pun dah tak lama lagi..pejam celik-pejam celik dah pun berlalu sebulan...

WANG SYILING BARU


Adalah di maklumkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa wang syiling Edisi Ke 3 di jangka akan mula di gunakan pada awal tahun hadapan. Walau bagaimanapun, set terbaru ini boleh di dapati dari Ibupejabatnya di Kuala Lumpur dan dari cawangan-cawangan BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching mulai 26 Julai 2011.

Ciri-ciri wang syiling baru ini lebih kecil dan lebih ringan berbanding sebelumnya. Warna emas di gunakan untuk denominasi 50 sen dan 20 sen sementara warna perak untuk denominasi 10 sen dan 5 sen dan bahan-bahan yang di gunakan menjadikannya lebih tahan lama. Motif di bahagian belakang membezakannya di antara satu sama lain seperti maklumat di bawah.







p/s : Jangan pulak ade kedai-kedai / premis perniagaan yang ingat wang kat atas tu palsu pulak pahni bila ader pengguna yang mula menggunakan wang di atas...

PLUSMiles Mobile Team @ Jusco Seremban 2 - 25 July to 31 July 2011




Kepada pengguna Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) yang ingin lebih selesa dalam perjalanan anda , sila dapatkan Kad Plusmiles di lokasi terpilih dan di Plaza- plaza Tol terpilih.


p/s: hari2 kene beratur nak bayar tol.. tahan ke korang.. =P

Saturday, July 16, 2011

Pesta makan Durian ~~~~

Untuk kengkawan yang gila makan raja buah di Malaysia iaitu ' Durian' berita menarik untuk dikongsi bersama.


From my company email:

Rakan Sekerja Sekalian,

Kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai “Pesta Jom Makan Durian @ Linkedua” yang akan dianjurkan oleh PLUS Expressways Berhad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, 15 hingga 17Julai 2011 di Kawasan Rehat & Rawat Gelang Patah (Arah Selatan) di Lebuhraya PLUS.


Terima kasih dan salam mesra.

Merisik ?????

Actually pagi tadi, me, my wife and my little princess Zara Afrina go to melaka untuk melakukan kerja-kerja risikan with my dad and mum + pakteh and makteh.

So kerja risikan ni sebenarnya adalah untuk my bro yang bertugas di IPD Alor Gajah Melaka.
Kitorang bertolak drp Simpang Renggam menghala ke Utara pada Jam 9.30 am dan tiba di IPD Alor Gajah pada jam 11.30 am lebih kurang.

After sampai, abah dah amik port atas katil bilik blakang, ( kene jd pegawai bertugas mlm td ) letih bebenor le tu.aku ngn my wife dok peratikan zara asyik ke sana-sini.

Jam dah pukul 13.30 pm. kitorng bertolak ke lokasi risikan (aku x brape tau nama taman tu) yang pasti tak sampai 500m pun drp IPD Alor Gajah. Selepas bersalaman dgn tuan rumah, meeting risikan bermula.

Jam 14.30pm meeting abes. kata sepakat telah diambil. Majlis perkahwinan adik lelaki ku yang bernama Zukhairul Fadzli Bin Kamal akan berlangsung pada 25.11.2011- Jumaat (nikah), selepas solat Jumaat dan bersanding di tempat perempuan pada 26.11.2011.

Moga Majlis ini akan berlangsung dengan selamat pada tarikh yang dipersetujui, Amin.