Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H / 2011M



Pejam celik, pejam celik esok dah hari terakhir umat Islam berpuasa dan disusuli dengan sambutan besar-besaran Aidilfitri tanda syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya. Sebulan melawan hawa nafsu, berlapar dan dahaga, kini tiba lah hari untuk kita semua meraikannya.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari lebaran kepada semua rakan taulan, yang jauh mahu pun yang dekat, yang mengenali atau tidak diri ini dengan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, berasa hati dan halalkan makan dan minum didunia hingga di akhirat kelak.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. janganlah jadikan jalanraya persinggahan terakhir bagi diri kita. Ingatlah keluarga yang menanti anda dirumah. Bagi pengguna lebuhraya, Cadangan perjalanan telah pun saya upload di entry yang lepas. moga anda dapat gunakan ia sebaik mungkin. dan bagi mereka yang ingin mengetahui status trafik di lebuhraya PLUS. sila layari blog ini atau pun terus tweet pada twitter.com\@plustrafik.

Semoga anda sentiasa bahagia disamping keluarga. Da.....




P/s: Alangkah bestnya kalau dapat cuti raya tahun ni..

Friday, August 19, 2011

Mana Mak??

Arini ada rakan sekerja hantar emel menceritakan kisah bertajuk diatas. Memang sedih la citer ni, nak lagi kalau ader yg mengalaminya sendiri. hopefully kita dapat ambil iktibar daripada cerita berikut.

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak..semuga ianya tidak
berlaku kepada kita ya.....


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Bila Embun Menitis

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, "Entah."


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah
tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah
yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap
kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi
merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak
lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta
anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam
Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah
pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka
makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut
wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu
sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung
masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak
berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak
ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada
peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri
yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu
memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa
anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak
dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit
tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan
setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak
ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak
untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak
malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari
ibu tanpa berjawab?




P/s : Syurga di telapak kaki ibu..

Thursday, August 18, 2011

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya PLUS

Bagi pemandu yang akan bergerak menuju ke kampung halaman masing-masing pada hari raya ini. Disyorkan kepada anda untuk mengikut TTA di bawah bagi mengelakkan kesesakan jalanraya apabila sampai di Tol Plaza atau di lebuhraya-lebuhraya yang akan anda lalui nanti..


klik sini untuk paparan sebenar


p/s: berhati hati di jalan raya

Wednesday, August 17, 2011

Rewang di Plaza

Berikut merupakan antara suasana di Plaza untuk Majlis Berbuka Puasa dan tahlil











p/s: gambar ehsan drp Sdr. Mohd Fuad Mahmud

Tuesday, August 16, 2011

Majlis tahlil dan Berbuka Puasa SKD

Dijemput kepada staff-staff Seksyen S4, S3 dan S5 yang berdekatan untuk
bertandang ke Tol Plaza Skudai pada petang ini Jam 17:30 untuk bersama-sama
kita menjayakan majlis tahlil dan majlis berbuka puasa anjuran Tol Plaza
Skudai.

Majlis akan dimulakan dengan tahlil dan solat maghrib berjemaah lalu disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama-sama. Menu hidangan akan disediakan oleh para staff ( masak sendiri) dan antara menu nye adalah bubur lambuk special, nasi puti berlaukkan ayam rempah disamping nangka masak lemak.

Erm..dengar menunya pun dan sedap kan..tapi yang penting adalah untuk kita bersama-sama meningkatkan pahala di bulan ramadhan yang berkat ini dengan tahlil dan solat berjemaah yang akan diadakan nanti.





p/s: dtg..jgn tak datang.. tafadal ila mashkuro..

Friday, August 5, 2011

Touch 'n' Go & Smart Tag




Salam Ramadhan untuk semua umat islam di luar sana.

So hari ni aku ingat nak cerita sket lah pasal kad TnGo dan smart tag memandangkan kita di bulan puasa dan sekejap lagi mula lah perayaan Aidilfitri bagi umat Islam. Bila dah raya, banyak lah pengguna yang akan balik kampung tak kira lah dimana pun. Dari Utara ke Selatan. Dari Timur ke Barat. dan kebanyakkan pengguna di Malaysia akan menggunakan lebuhraya-lebuhraya berdekatan untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.

Jadi, nasihat aku lah untuk semua pengguna di luar sana, hopefully korang boleh dapatkan kad touch N Go terlebih dahulu sebelum memulakan perjalan yang jauh tu.Tak kiralah kad TnGo yang dikeluarkan oleh pihak lebuhraya atau pihak Rangkaian Segar Sdn Bhd itu sendiri (Sykt TnGo). Ini kerana bila anda semua menggunakan lebuhraya PLUS khas nya di waktu perayaan, maka bersesak-sesak lah anda di Tol Plaza yang anda lalui, Ini kerana kebanyakkan pengguna masih menggunakan method "ticket" untuk pembayaran tol anda.




Bukan tak ada method lain yang disediakan oleh pihak lebuhraya. selain TnGo, anda juga boleh menggunakan Smart Tag bagi laluan pembayaran tanpa henti.tetapi nak guna smart Tag ni kena lah ada kad TnGo terlebih dahulu, kerana Smart tag ni hanya device utk "detect" nilai kad dan seterusnya proses pembayaran tol dilakukan tanpa berhenti untuk sentuh di reader TnGo



Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang ada untuk dinikmati oleh pengguna kad Plusmiles yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Antaranya adalah rebate 5% bagi penggunaan RM 100 dan 1 point bagi RM 1 yang digunakan. dimana jika anda mempunya 1000 point maka boleh ditukar kpd RM 10 tamah nilai kad tngo anda. Selain itu terdapat juga diskaun istimewa ditawarkan bagi penggunaan produk-produk dibawah melalui pemegang kad plusmiles.




Maka, pilihan ditangan anda..tepuk dada tanyalah akal.. =P